Matras News, Jakarta – Malaysia, melalui Persatuan Pengusaha Homestay Malaysia (PPHM) dengan kerjasama Tourism Malaysia, melancarkan siri jelajah promosi pelancongan berskala besar di Indonesia menerusi Homestay Tourism Showcase (HOTAS) 2025.

Acara ini berlangsung dari 26 Juni hingga 2 Juli 2025, meliputi tiga wilayah, Jakarta, Bogor, dan Pekanbaru.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada persiapan menyambut Visit Malaysia Year 2026 (VMY2026) dan Visit Homestay Year 2025, dengan mengusung tema “Malaysia Destinasi Lestari.
Keaneragaman Budaya, Keindahan Alam. Yuk Jelajah Bersama Kami!”.
Fokus pada Pelancongan Komuniti & Pengalaman Autentik. Lebih 90 paket pelancongan berbagai segmen dibawa khas untuk pasaran Indonesia, termasuk:
- Edu-tourism (pelancongan pendidikan)
- Eco-tourism (pelancongan alam)
- Pelancongan budaya & sejarah
- Pengembaraan luar bandar
Malaysia mempromosikan lebih 200 homestay terdaftar di seluruh negara, menawarkan pengalaman unik seperti:
- Kehidupan desa tradisional
- Aktiviti kebudayaan Melayu, Cina, India, dan etnik Sabah-Sarawak
- Hidangan warisan seperti Tempoyak Ikan Patin, Asam Pedas, Daging Salai Masak Lemak, Nasi Ambeng, serta kuih tradisional seperti Dodol Kukus, Onde-onde, dan Badak Berendam
Persembahan Budaya & Aktiviti Interaktif. Pengunjung HOTAS 2025 disajikan dengan berbagai persembahan kebudayaan, termasuk:
- Overture Tari Partisan
- Medley Rakyat
- Chinese Fan Dance
- India Aila Re Aila
- Joget Malaysia
Turut ditampilkan demonstrasi langsung seni tradisional seperti:
- Mencanting batik
- Anyaman rotan
- Sasaran 4.37 Juta Pelawat Indonesia pada 2025
Menurut Dato’ Haji Sahariman Hamdan, Pengurus PPHM, “Program ini bukan sekadar promosi biasa, tetapi simbol hubungan erat Malaysia-Indonesia dalam memacu pelancongan lestari serantau.” pungkasnya.
Statistik terkini menunjukkan Indonesia adalah pasaran kedua terbesar pelancong ke Malaysia, dengan 4.1 juta pada 2024. Sasaran 2025: 4.37 juta pelawat, disokong lebih 600 penerbangan langsung antara kedua negara.
Puncak Acara: Helaran Budaya & Seminar B2B
- HOTAS 2025 turut menampilkan,
- Penyertaan Homestay Malaysia dalam Helaran Parade Seni & Budaya di Bogor (sempena Hari Jadi Bogor ke-543).
- Seminar pelancongan & sesi B2B dengan agensi pelancongan Indonesia di Grand Elite Hotel, Pekanbaru.
Maskot VMY2026: Wira & Manja
Kampanye ini turut memperkenalkan maskot rasmi VMY2026 Wira & Manja, sepasang beruang matahari Malaya yang melambangkan keramahan Malaysia.
- Dukungan Penuh Industri Pelancongan
- Program ini mendapat sokongan:
- Tourism Malaysia
- ASITA (Persatuan Biro Perjalanan Indonesia)
- DINAS Parawisata
- Badan Promosi Parawisata Daerah
Dengan gabungan promosi pelancongan, pertukaran budaya, dan kerjasama industri, HOTAS 2025 diharapkan dapat memperkukuh hubungan dua negara dan meningkatkan minat pelancong Indonesia menjelang tahun 2026 ke Malaysia.